Monday, 21 March 2011

ASAL KASTURI KIJANG


Kijang merupakan sejenis haiwan yang bertaring,ramai yang tidak mengetahuinya..


Gambar seekor kijang liar di kawasan Pergunungan Himalaya.


Kijang

Kijang,di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Common Barking Deer.Kijang berasal dari keluarga "Moschidae" yang telah hidup sejak zaman primitif.Nama saintifik bagi kijang pula adalah Muntiacus Muntjac.
Kijang India adalah spesies kijang yang paling luas taburannya. Ia mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan tanda (creamy). Spesies ini memakan buah, pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil. Ia menghasilkan bunyi menyerupai menyalak terutama apabila mengesan pemangsa
Kijang jantan mempunyai tanduk kecil yang mencapai kepanjangan 15 cm dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan ia amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal wilayahnya dengan menggunakan tanduk atau lebih merbahaya lagi dengan mengunakan gigi taring atas seperti gading,ia mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti anjing liar dan harimau.

Kasturi daripada Kijang

Setelah sekian lama,zaman berganti zaman dan kehidupan masyarakat bertukar ganti, rahsia kehebatan haruman kasturi terus diperkatakan sehingga kini hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.

Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta, bicara romantis dan juga hadis-hadis seperti..

Sabda nabi S.A.W:"belajarlah Al-Quran serta bacalah kerana perumpamaan Al-Quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan melaksanakannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat.Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa(mengamalkannya),maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup."(Riwayat at-Tarmizi)

Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini?
Bagi yang kurang mengetahui,kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.
Sebenarnya, istilah kasturi merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan (gland or pod) .Kasturi kebanyakannya diperolehi daripada kijang yang terdapat di pergunungan Himalaya,di Wilayah Tonkin di China,Assam di India,Nepal dan Rusia.

Pada awal abad ke 19,nilai 1kg kasturi kering yang berasal dari Wilayah Tonkin bersamaan dengan harga 2kg emas. Sangat mahal kerana sukar untuk didapati.Sebagai contoh,untuk mendapatkan 1kg kasturi,kita memerlukan 30 hingga ke 50 ekor kijang jantan yang mempunyai bintil kasturi tersebut.Jika kita mahukan kasturi dari gred terbaik untuk tujuan komersial dan perubatan pula,untuk mendapatkan 700kg kasturi,kita memerlukan lebih kurang 100ribu ekor kijang jantan yang mempunyai bintil kasturi tersebut.


Pada hari ini,disebabkan spesies kijang yang menghasilkan kasturi agak sukar ditemui, saintis Cina beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan.Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.

Bintil kasturi kerap ditemui di bahagian antara perut dan genital,namun kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.Bulu pada bintik kasturi dikatakan terus tumbuh biarpun setelah terasing dari kijangnya.
Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.
Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.
Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan yang paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.
Harga kasturi di kawasan asal ia ditemukan sangat mahal mengikut kualiti gred dan keasliannya. Ia boleh mencapai harga sehingga ribuan ringgit sebiji. Beberapa gram butiran kasturi sahaja sudah mencapai harga ratusan ringgit.
Kasturi banyak dimanfaatkan dalam pembuatan minyak wangi kerana ia menguat dan memanjangkan hayat haruman.

Adakah kasturi sah dibawa bersolat kerana ia berasal dari haiwan?
Dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.
Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.
"Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.
"Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Datuk Noh Gadot.







No comments:

Post a Comment